Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam
tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin
dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di
lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan
dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen
dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah
kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah
menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan
tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan
kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna
yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal
yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih,
kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah
mengantuk dan mudah pitam. “Dengan ringkasan diatas, dapatlah
disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah
tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih
kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan
sebagainya.” Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan
tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah
dan berdoa kepada
Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat
Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Jenis Bekam
Bekam Kering
Bekam kering atau bekam angin adalah
menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya
orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut
kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman
dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam Basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai
permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan
menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah
toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti
berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam
dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu Berbekam
Berbekam paling baik dilakukan ketika
pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun.
Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan
mengubati penyakit.
Mereka yang hendak berbekam dinasihat
tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan
lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau
mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman
kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan
lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di
sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
Ketika masih ada pengamal bekam
menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur
moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan
antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama
seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
Tidak semua orang boleh berbekam kerana
dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai
masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan
ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih,
lapar dan kenyang.
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai
penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan
seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin,
migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit,
tekanan dan buah pinggang.



Tidak ada komentar:
Posting Komentar